Warga tua adalah
mereka yang berumur 60 tahun ke atas kemurungan berpotensi untuk melumpuhkan atau menyukarkan
sesuatu keadaan yang mempengaruhi sebahagian besar kehidupan warga tua.
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi masalah ini yang pertama ialah Faktor
risiko kepada pelbagai masalah kesihatan dan kedua ialah Faktor biologi,
kejadian kecelaruan mood atau kemurungan boleh berlaku akibat faktor biologi
unsur genetik dan neuropemancar (neurotransmitter) memainkan peranan dalam
menentukan mood seseorang. Antara ciri-ciri warga tua yang mengalami masalah
ini ialah daripada simptom Tekanan perasaan,Gangguan tidur Kebimbangan
melampau,Penolakan bersosial, Penjagaan diri merosot..Kebanyakan tanda-tanda
murung adalah berpunca daripada sikap dan pemikiran individu yang negatif iaitu
gejala dan tanda-tanda menunjukkan kemurungan adalah akibat daripada pemikiran
yang tidak tenteram. Teori disengagement menerangkan tentang penuaan yang tidak
dapat dielakkan yang mana berlaku pengeluaran atau pemisahan warga tua dengan
masyarakat yang mengakibatkan berkurangnya interaksi antara orang-orang tua
dengan sistem sosial yang lain.
Disini saya ingin kongsikan sedikit tentang
faktor – faktor lain kemurungan warga, apabila umur mereka mencecah 60 tahun
mereka lebih cenderung mengalami Tekanan terhadap persekitaran :
•merasakan satu kehidupan yang sunyi dan
terpenjara.
•Tidak suka dengan persekitaran yang mana mereka
hidup dalam kalangan yang senasib dengan mereka contoh di rumah rang-orang tua
•Aspek pemakanan
Peristiwa-peristiwa yang menekankan
•Mempunyai peristiwa lampau yang menyedihkan
- kematian
- perceraian
- layanan anak-anak
- kehilangan harta benda
/tempat tinggal
Kekurangan sokongan sosial
- mental
- fizikal
Penyakit fizikal
- penyakit kronik
Keperibadian
•Rasa malu untuk bersuara mengenai masalah
dialami
•tidak akan mengaku rasa tertekan, kerana takut
bahawa mereka akan dilihat sebagai lemah.
•tidak dapat menerima kehilangan seseoarang
dalam hidup mereka.
Ade tiga
peringkat Tahap kemurungan
Kemurungan Tahap Rendah
•kebanyakannya mengalami kemurungan tahap rendah
•Sakit pada anggota badan, rasa kesunyian, rasa
kecewa serta merasakan kehidupan kosong dan tidak bermakna.
Kemurungan Tahap Sederhana
•Suka menyendiri, tidak bermaya, rasa putus asa,
selalu menangis, bercakap seorang diri, berkelakuan di luar jangkaan seperti
mengamuk dan bergaduh, pemarah serta hilang selera makan atau makan dengan
berlebihan
Kemurungan Tahap kronik/teruk
•kerap memikirkan tentang kematian sama ada
menginginkan kematian atau takut akan kematian.
•mempunyai pemikiran yang kotor kerana sering
menganggap hidup mereka seolah-olah tidak bahagia dan tidak sempurnaDengan
kajian yang dilakukan ini dapatlah disimpulkan bahawa kemurungan boleh terjadi
disebabkan pelbagai faktor. Namun ia juga bergantung kepada bagaimana seseorang
itu berhadapan dengan masalah yang dialami mereka. Kekuatan dan kelemahan
peribadi seseorang menentukan tahap kemurungan yang dialami. Walau bagaimanapun,
implikasi daripada kemurungan tetap akan wujud bukan sahaja terhadap psikologi
seseorang, malah juga terhadap biologi dan sosial mereka.Bagi mereka yang
memasuki usia tua, kemunculan gangguan emosi sangat tersembunyi dan mungkin
tidak diketahui dalam jangka masa yang lama. Sejauh manapun tersembunyi
gejala-gejala kemurungan, diagnosis sangat penting. Jika memang ada, kemurungan
harus dikenal pasti dan segera dirawat kerana ia bukan sekadar demi alasan
kesihatan dan kualiti hidup.